Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi muda S'pura, Rico Setiabudi, jadi anak didik M Nasir

Penyanyi baru tempatan, Rico Setiabudi, diambil sebagai artis di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd milik tokoh muzik serantau M Nasir.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi muda S'pura, Rico Setiabudi, jadi anak didik M Nasir

Penyanyi muda tempatan Rico Setiabudi dalam satu pertunjukan mini beliau di Esplanade baru-baru ini. (Gambar: FB/ Rico Setiabudi)

BERITAmediacorp: Penyanyi baru tempatan, Rico Setiabudi, diambil sebagai artis di bawah label Luncai Emas Sdn Bhd milik tokoh muzik serantau M Nasir.

Pastinya berita ini bukan saja menarik perhatian dan cukup membanggakan bagi artis Singapura itu, membuat ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya Rico ini?

Mentelah lagi, M Nasir sendiri baru-baru ini memberi cabaran kepada penyanyi-penyanyi baru jika mereka "sudah rasa cukup bagus dan ingin beliau (M Nasir) membuatkan lagu".

SIAPA SEBENARNYA RICO? PERNAH KE SEPANYOL?

Berusia, 26 tahun, Rico didedahkan kepada dunia muzik sejak berusia lima tahun lagi.

Sebagai anak bongsu lima beradik, beliau kerap mengikuti abang-abangnya dalam kegiatan muzik mereka seperti menceburi dunia dikir barat dan sebagainya.

Tidak hairan juga apabila mendapat tahu bahawa Rico adalah adik kepada tiga anggota kumpulan pop popular 1990-an, 2D.

"Abang saya juga banyak membimbing saya dalam nyanyian. Saya harus berterima kasih kepada abang saya yang membawa saya ke Malaysia," kata Rico.

Namun, menurut beliau kepada BERITAmediacorp, antara pencapaian terbesarnya sejauh ini adalah apabila dipilih bagi satu pertandingan nyanyian yang diadakan di Sepanyol.

"Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila saya dipilih sebagai lapan peserta teratas antara ribuan lagi peserta untuk ke Sepanyol bagi satu pertandingan nyanyian. Di pertandingan itu, saya belajar banyak teknik nyanyian dengan lagi terperinci," kongsi Rico.

Beliau juga baru saja mengadakan satu 'pertunjukan mini' di Esplande pada awal bulan ini.

BAGAIMANA DAPAT PERHATIAN M NASIR?

"Pada asalnya, tiada sebarang desas-desus yang saya akan diambil sebagai artis rakaman syarikat Luncai Emas Sdn Bhd. Kami (Rico bersama abangnya Rifa'ah) ke sana hanya atas sebab mereka setuju untuk mengedar lagu kami di bawah nama syarikat Luncai Emas Sdn Bhd," kata Rico.

Lagu yang dimaksudkan beliau ialah single terbaru Rico yang berjudul Hanya Tanya.

Malah apabila mereka ke Kuala Lumpur, tiada langsung rancangan untuk bertemu dengan M Nasir tetapi hanya wakil syarikat Luncai Emas.

Namun bagai bulan jatuh ke riba, pertemuan mereka disertai dengan 'sifu' dunia muzik Melayu.

"Teruja! Sesungguhnya lagu-lagu M Nasir telah memberi kesan dalam perjalanan hidup saya dan beliau seorang yang pendiam," seloroh Rico kepada BERITA.

Selepas mendengar lagu Rico, M Nasir hanya memberikan beberapa komen positif serta nasihat dan seterusnya Rico ditawarkan menjadi artis rakaman Luncai Emas.

Bagi perkembangan selanjutnya, Rico memberitahu kami: "Saya akan pergi ke Kuala Lumpur pada masa yang terdekat untuk membincangkan tentang single yang akan dirakamkan."

Jadi bagi anda yang mungkin ingin mendengar lagu terbaru beliau sebagai artis M Nasir, bolehlah menantikan maklumat terbaru yang akan dikongsikan di laman media sosial beliau dan Luncai Emas sendiri.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan