Penyanyi Lan Solo berangkat umrah 6 beranak
Artis Malaysia, Lan Solo, berangkat mengerjakan ibadah umrah dalam musim umrah yang baru lebih seminggu bermula ini.
BERITAmediacorp: Artis Malaysia, Lan Solo, berangkat mengerjakan ibadah umrah dalam musim umrah yang baru lebih seminggu bermula ini.
Bekas anggota kumpulan Kristal itu menghebahkan demikian menerusi akaun Facebook dan Instagram beliau pagi tadi (8 Sep).
Catatan tersebut malah lengkap dengan gambar beliau dan isteri serta keempat-empat anaknya.
Penyanyi berusia 34 tahun itu memohon doa orang ramai akan perjalanan umrahnya sekeluarga mudah dan lancar.
"Seandainya perjalanan ini adalah perjalanan terakhir kami, dapatlah kiranya sejuta keburukan kami dapat dilenyapkan mungkin dengan hanya satu kebaikan yang pernah kami lakukan sekiranya ada," tulis Lan menerusi akaun media sosialnya itu.
Sempat Lan menyertakan hashtag #umrahLSKY2019, #10tahunkawen,
#lansolo, #sheilarazlan dan #anakanaklansolo dalam catatan sebelum keberangkatannya itu.
Yang pasti, sebagaimana kelaziman bakal-bakal jemaah umrah dan haji, Lan memohon maaf kepada semua orang bagi melicinkan perjalanannya.
"...dapatlah andainya semua yang membaca ini memaafkan segala kekhilafan kami, dari segala segi.
Terlanjur perbuatan, terlanjur tutur kata,terhina tanpa sengaja, tutur bicara yang menghiris hati sesiapa, terusik harta, terlebih kira, terdengar berita yang tidak sepatutnya," tulisnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.