Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi K-pop Goo Hara dirawat di hospital setelah dipercayai cuba bunuh diri

Bekas anggota kumpulan K-pop, Kara, Goo Hara dirawat di hospital setelah mencuba membunuh diri, menurut Yanhap News.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi K-pop Goo Hara dirawat di hospital setelah dipercayai cuba bunuh diri

Goo Hara. (Gambar: koohara_/Instagram)

Diterbitkan : 27 May 2019 03:07PM Dikemas Kini : 27 May 2019 03:14PM

KOREA SELATAN: Bekas anggota kumpulan K-pop, Kara, Goo Hara dirawat di hospital setelah mencuba membunuh diri, menurut Yanhap News.

Penyanyi itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri rumahnya di kawasan kejiranan Cheongdam pada 26 Mei oleh pengurusnya, yang menjenguknya apabila beliau tidak menjawab panggilan telefonnya. Beliau dijumpai dalam bilik yang dipenuhi asap.

Beliau menimbulkan kebimbangan para peminatnya apabila memuat naik "Annyeong" yang boleh bermaksud "hello" atau "selamat tinggal" di laman Instagram.

Penyanyi K-pop itu dikatakan dalam keadaan stabil meskipun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Goo Hara terlibat dalam beberapa isu undang-undang dengan bekas teman lelakinya, Choi Jong Bum, yang beliau tuduh menyerangnya dan mengancam akan menyebarkan video seks mereka. Beliau juga dituduh menyerang bekas teman lelakinya.

Kontrak penyanyi berusia 28 tahun itu dengan agensinya, tamat awal tahun ini dan belum diperbaharui. Pada Disember lalu, beliau mengadakan perjumpaan bersama para peminatnya di Jepun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan