Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Jamal Abdillah bakal bergelar bapa lagi pada usia 60 tahun

Pelantun suara lagu 'Azura', Jamal Abdillah, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya yang dijangka pada 5 Oktober nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Jamal Abdillah bakal bergelar bapa lagi pada usia 60 tahun

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah. (Gambar: Jamal Abdillah/ Facebook)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 12:53PM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 12:56PM

KUALA LUMPUR: Pelantun suara lagu 'Azura', Jamal Abdillah, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya yang dijangka pada 5 Oktober nanti.

Bagaimanapun menurut penyanyi terkenal berusia 60 tahun itu beliau tidak akan menemani isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 25 tahun, di bilik bersalin kerana takut dengan proses yang perlu dilalui.

“Alhamdulillah, kandungan dah masuk lapan bulan setengah dan isteri berada dalam keadaan sihat. Cuma saya berasa agak gementar nak melalui kembali proses ini.

“Tengok dia berjalan pun kita dah terfikir macam mana sengsara dia nak menghadapi semua ini. Jadi saya dah beritahu isteri dan minta maaf awal-awal," kongsi Jamal.

“Saya kata saya minta maaf kerana tidak dapat menemani dalam bilik bersalin kerana saya takut. Anak-anak saya sebelum ini pun sama juga, saya tidak masuk bilik bersalin," ujar Jamal terus terang kepada Astro Gempak.

“Bukan takut darah cuma saya tak boleh bayangkan macam mana perut yang besar itu nak keluarkan anak."

Berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya, Jamal memberitahu Astro Gempak Zai Izzati tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.

“Isteri saya tidak mengidam tetapi saya pula yang alami alahan. Saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh kehamilan dia.

“Nasib baik lemang dan rendang itu makanan yang senang nak dapat, tidak kiralah siang atau malam,” katanya sambil tertawa.

Jamal membina mahligai rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

BACA: Jamal Abdillah nikah wanita 23 tahun
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/hiburan/jamal-abdillah-nikah-wanita-23-tahun/3722574.html

Sebelum ini, Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir kesemuanya berakhir dengan perceraian.

Hasil perkahwinan terdahulunya itu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18 tahun, dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan