Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Indonesia Marcell Siahaan kini lebih tenang selepas...

Penyanyi Indonesia, Marcell Siahaan, akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah mengharungi pelbagai pengembaraan kerohanian dalam hidupnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Indonesia Marcell Siahaan kini lebih tenang selepas...

Penyanyi Indonesia, Marcell Siahaan. (Gambar-gambar: Instagram/Marcell Siahaan)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 12:07PM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 12:08PM

INDONESIA: Penyanyi Indonesia, Marcell Siahaan, akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam setelah mengharungi pelbagai pengembaraan kerohanian dalam hidupnya.

Perkara itu dikongsinya menerusi satu wawancara di laman YouTube Daniel Mananta Network dan dipetik laman Astro Awani.

Dalam wawancara itu, Marcell menjelaskan sebab beliau akhirnya memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.

"Mengenal Tuhan yang Satu itu menjadikan hidup lebih ikhlas," kata beliau seperti dipetik oleh Astro Awani.

Penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia, yang popular dengan lagu Semusim dan Takkan Terganti itu, pernah bertukar-tukar agama sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang Muslim.

Suami kepada personaliti Rima Melati Adam yang berasal dari Singapura itu, pernah menganut agama Kristian dan Buddha.

Marcell bersama isteri dan anaknya. (Gambar-gambar: Instagram/Marcell Siahaan)

Menurut Marcell, beliau belajar tentang agama Islam, bermula dari sikap ingin tahu atau rasa suka untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan.

Sejak beberapa tahun lalu, Marcell tidak berasa janggal apabila mendekati majlis-majlis agama termasuk mengikuti acara tadarus al-Quran.

Menurutnya, beliau melakukannya untuk benar-benar mengenali sesuatu agama.


“Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami," ujarnya, lapor Astro Awani.

Marcell, 43 tahun, berkongsi bahawa beliau memilih Islam dengan rasa selesa dan yakin.

Malah, pengalamannya bertukar-tukar agama sehingga menemui cahaya Islam membuka banyak peluang untuk beliau menjadi orang yang lebih baik dan berguna.

"Jadi, saya bukan hanya melihat ini sebagai pencapaian kerohanian hanya dalaman, malah pencapaian kerohanian luaran.

Apabila ditanya apakah pengajaran yang dipelajarinya sepanjang menjadi penganut agama lain hingga akhirnya memlih Islam, Marcell berkata ia membuatkan dirinya berupaya melakukan banyak perkara dan menjadikan dirinya berguna untuk ramai orang.

"Saya selesa, senang dan yakin bahawa segala sesuatu itu harus ada titiknya.

"(Memeluk Islam) menciptakan struktur buat anak saya, menciptakan struktur buat isteri saya, sebagai imam. Agama yang saja jalani sekarang membuat saya menjadi ikhlas dalam segala hal kerana itu yang sangat susah. Keikhlasan itu yang selalu saya cari," katanya.

“Saya punya prinsip kalau saya belum mampu memanusiakan diri saya, jangan mengaku Muslim," tambah Marcell. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan