Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Indonesia Lucinta ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau wanita

Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstasy.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Indonesia Lucinta ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau wanita

(Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 02:40PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 02:41PM

JAKARTA: Penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia, Lucinta Luna ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstasy.

Namun polis Indonesia kini bingung untuk menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu, di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

"Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan)," kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada pukul 1.30 pagi pada Selasa (11 Feb).

Lucinta ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan