Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Indonesia Glenn Fredly meninggal dunia pada usia 44 tahun

Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 44 tahun pada 6.00 petang Waktu Indonesia Barat (7.00 malam waktu Singapura) hari ini (8 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Indonesia Glenn Fredly meninggal dunia pada usia 44 tahun

Penyanyi terkenal Indonesia Glenn Fredly. (Gambar: Instagram/Glenn Fredly/Crist Tarigan)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 10:49PM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 10:55PM

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 44 tahun pada 6.00 petang Waktu Indonesia Barat (7.00 malam waktu Singapura) hari ini (8 Apr).

Menurut kompas.com, beliau yang dikenali menerusi lagu Januari, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita Cinta dikhabarkan meninggal dunia akibat radang selaput otak atau meningitis di Hospital Setia Mitra Fatmawati.

Glenn turut meninggalkan seorang balu, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo, dalam nukilan kompas.com

Anak perempuannya itu baru berusia 40 hari selepas dilahirkan pada 28 Februari lalu.

(Gambar: Mutia Ayu/Instagram)

BERITAmediacorp meninjau-ninjau dan mendapati Glenn juga menerajui pendanaan ramai bagi membantu keperluan ekonomi warga Indonesia yang terdedah kepada COVID-19.

Pendanaan ramai yang berhasrat mengumpul 10 juta rupiah (S$880) itu, setakat ini sudah berjaya meraih lebih 6 juta rupiah (S$530).

RAKAN-RAKAN ARTIS UMUMKAN KHABAR DUKA

Berita kematian Glenn disahkan rakan baiknya, penyanyi Tompi kepada media Indonesia, menurut kompas.com.

Sehubungan itu, rakan-rakan artis turut mengucapkan takziah atas berita menyedihkan itu.

Ariel dari kumpulan Noah memuat naik gambar ringkas dengan perkataan 'Berkabung' diikuti dengan nama Glenn Fredly di bawah paparan tersebut.

Armand Maulana, vokalis kumpulan Gigi meninggalkan kata-kata di laman Instagram: "Adik saya Glenn Fredly telah berpulang. Doa terbaik buatmu adikku sayang."

Sementara itu, pelakon Indonesia Ari Wibowo juga memuat naik gambar Glenn sambil menulis: "Selamat jalan..."

Glenn yang pernah aktif menghiasi dunia muzik Indonesia mula berkecimpung dalam industri tersebut selepas memenangi sebuah pertandingan menyanyi pada 1995.

Sumber : Agensi berita/BERITAmediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan