Images
  • Hetty Sarlene
    Hetty Sarlene bersama suami dan bayi lelakinya. (Gambar: Instagram/Hetty Sarlene)

Penyanyi Hetty Sarlene kini bergelar ibu

SINGAPURA: Penyanyi Singapura, Hetty Sarlene, kini sudah bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya hari ini (29 Jan).

Menurut Hetty, bayi yang diberi nama Landon Alexander Oakes itu dilahirkan pada pukul 3.25 petang semalam (28 Jan) di Pusat Perubatan Thomson.

"Semua kesakitan, tidak tidur malam, hampir 16 jam sakit bersalin, dua hingga tiga minit kontraksi yang sangat menyakitkan, meneran, mabuk berbaloi!!! Selamat datang ke dunia anakku. Ibu dan ayah menyayangi kamu," menurut Hetty dalam catatan tersebut.

Hetty turut berkongsi gambar dirinya, yang kelihatan sihat, bersama suami dan bayi comelnya itu. 

- BERITAmediacorp/nk

Top