Skip to main content

Iklan

Iklan

Penyanyi Dahlan Zainuddin terkena angin ahmar, kini di hospital

Penyanyi Malaysia era 80-an, Datuk Dahlan Zainuddin, dimasukkan ke hospital setelah diserang penyakit angin ahmar.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Dahlan Zainuddin terkena angin ahmar, kini di hospital

Penyanyi Malaysia, Datuk Dahlan Zainuddin, di hospital setelah diserang angin ahmar. (Gambar: Facebook/Produksi Langkah Karya)

Diterbitkan : 03 Jul 2016 08:00PM Dikemas Kini : 03 Jul 2016 08:04PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia era 80-an, Datuk Dahlan Zainuddin, dimasukkan ke hospital setelah diserang penyakit angin ahmar.

Menurut media-media Malaysia, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Kisah Seorang Biduan' itu rebah pada awal pagi Khamis lalu (30 Jun) ketika berada di Perlis untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Isterinya, Datin Effa Rizan, memberitahu Utusan Malaysia bahawa suaminya dikejarkan ke Hospital Padang Besar di Perlis dan dimasukkan ke dalam wad selama satu malam, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur semalam (2 Julai).

Katanya, Datuk Dahlan kini sudah boleh mengangkat tangan dan kaki, serta bercakap.

Namun, menurutnya seperti ditukil Utusan Malaysia, suaminya masih belum mampu berdiri dan berjalan.

Anak perempuannya, Athinia Inez Dahlan bagaimanapun berkata kepada Astro Awani bahawa bapanya itu kini stabil.

"Oleh sebab sebelah kiri ayah terkena angin ahmar, jadi ayah tidak boleh bergerak sangat, sikit boleh lah sebab dia tak rasa badan sebelah kiri," katanya kepada Astro Awani hari ini.

Datuk Dahlan pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selama seminggu kerana jangkitan paru-paru tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Cik Athinia meluahkan harapan bahawa para peminat bapanya serta orang ramai akan mendoakan Datuk Dahlan kembali sihat, menjelang sambutan Hari Raya ini.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan