Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Bella Astillah bangga suami Aliff Aziz mengaku kesilapan

Meskipun suaminya perlu menjalani hukuman penjara di Singapura selama dua minggu, penyanyi dari Malaysia, Bella Astilah tetap berasa bangga terhadap suaminya, Aliff Aziz, kerana tidak melarikan diri daripada masalah.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Bella Astillah bangga suami Aliff Aziz mengaku kesilapan

Bella beri bayangan sudah rujuk dengan Aliff Aziz. (Gambar fail: @bellaastillah/Instagram)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 03:52PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 06:00PM

KUALA LUMPUR: Meskipun suaminya perlu menjalani hukuman penjara di Singapura selama dua minggu, penyanyi dari Malaysia, Bella Astilah tetap berasa bangga terhadap suaminya kerana tidak melarikan diri daripada masalah.

Aliff, yang berusia 29 tahun, dihukum penjara dua minggu pada 15 Sep dan didenda S$500 kerana mencuri dari seorang selebriti dari Indonesia dan berkelakuan tidak senonoh di luar Orchard Towers.

Bella, 26 tahun, yang berasal dari Sabah memberitahu portal Malaysia mStar pada Isnin (28 Sep): "Saya bangga dengannya sebab dia mengaku kesalahan. Pada saya, Aliff dah menerima balasan di dunia dan dia sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya."

Menurut Bella, meskipun ramai yang mendoakannya, ada juga yang mengatakan bahawa Aliff belum lagi serik dan menimbulkan masalah lagi, meskipun kejadian-kejadian itu berlaku pada tahun lalu.

"Dia pun tak lari daripada apa yang dah dilakukan. Kes tersebut tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan," katanya dalam wawancara bersama mStar.

Pasangan itu memfailkan perceraian pada Mei tahun lalu setelah Aliff berkelakuan curang. Mereka berbaik-baik semula pada awal tahun ini dan mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata yang kedua. Anak perempuan mereka, Ara Adreanna dilahirkan pada Julai.

Bella dan Aliff, yang juga mempunyai seorang anak lelaki, kini terpaksa tinggal berjauhan disebabkan oleh sekatan perjalanan akibat COVID-19.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan