Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Aishah kritik penipuan dalam pengiklanan sesetengah produk pelangsingan tubuh

Dengan semakin banyak perniagaan memanfaatkan wadah digital dan tarikan personaliti berpengaruh (influencer) untuk melariskan barangan, tidak menjadi kehairanan melihat pelbagai duta produk yang mempromosikan barangan di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Aishah kritik penipuan dalam pengiklanan sesetengah produk pelangsingan tubuh

Aishah. (Gambar-gambar: Aishahjmm/Instagram)

Diterbitkan : 07 Dec 2020 03:06PM Dikemas Kini : 07 Dec 2020 03:11PM

KUALA LUMPUR: Dengan semakin banyak perniagaan memanfaatkan wadah digital dan tarikan personaliti berpengaruh (influencer) untuk melariskan barangan, tidak menjadi kehairanan melihat pelbagai duta produk yang mempromosikan barangan di media sosial.

Namun jika produk itu tidak berkesan dan perbezaan yang dipaparkan sebenarnya hasil pembedahan, itu adalah satu penipuan yang tidak patut. Demikian kritik penyanyi Malaysia, Aishah, terhadap sesetengah pengusaha produk pelangsingan baru-baru ini.

Dalam satu kiriman di Instagram, Aishah, yang sendiri pernah mendapat sorotan media atas usaha menangani masalah berat badan yang dihadapinya, meluahkan rasa kecewa terhadap pihak penjual yang menurutnya sanggup menipu pelanggan demi mengaut keuntungan 'membabi buta'.

"Saya rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya sudah kurus kerana pembedahan bariatric (pintasan usus) dan bukan kerana keberkesanan produk mereka," tulis beliau di Instagram baru-baru ini (4 Dis).

Aishah, atau sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, turut berkongsi bahawa beliau amat kenal dengan cabaran yang dihadapi mereka yang mempunyai masalah berat badan.

"Sakit kaki, penyakit-penyakit lain, kecewa dengan 'body shaming' dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu. Setiap hari adalah satu 'struggle', satu cabaran," ujar beliau.

Beliau menambah dirinya sendiri berjaya susutkan 33 kilogram setelah dua tahun menjalani pembedahan dan sedang berusaha berterusan untuk mencapai berat badan ideal.

"Kasihanlah mereka yang berjuang dengan berat badan dan ditipu dengan produk yang mendakwa penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka tetapi sebenarnya hasil pembedahan. Ini satu penipuan," katanya lagi.

"Allahu Akbar,hentikan penipuan ini!!!! IT IS NOT RIGHT!!!!Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini."

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan