Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Afgan dijangkiti COVID-19

Selepas Bunga Citra Lestari (BCL) dijangkiti COVID-19, seorang lagi artis termasyhur Indonesia, Afgan pula mengumumkan berita beliau juga menjadi mangsa terbaru virus itu sejak beberapa hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Afgan dijangkiti COVID-19

Afgan berkata bahawa beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah. (Gambar: Afghan_/Instagram)

Diterbitkan : 13 Jul 2021 05:37PM Dikemas Kini : 13 Jul 2021 05:48PM

JAKARTA: Selepas Bunga Citra Lestari (BCL) dijangkiti COVID-19, seorang lagi artis termasyhur Indonesia, Afgan pula mengumumkan berita beliau juga menjadi mangsa terbaru virus itu sejak beberapa hari lalu.

Dalam catatan Instagram pada Isnin (12 Jul), Afgan berkata bahawa beliau kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Beliau juga berkongsi rasa bersyukur kerana tidak mengalami sebarang simptom serius ekoran sudah divaksin.

"Saya dijangkiti COVID. Hari ini merupakan hari keempat saya dan setakat ini tidak mengalami sebarang gejala. Barangkali kerana sudah divaksinasi, jadi semua orang tolong dapatkan vaksin kerana sekiranya anda dijangkiti virus itu, ia tidak akan seburuk itu,” kata Afgan dalam catatan Instagram.

Semasa menjalani kuarantin di rumah, Afgan kekal aktif melakukan senaman ringan demi memastikan kesihatan tubuh.

"Beginilah cara saya untuk kekal aktif selama kuarantin sekadar melakukannya secara ringan dan mudah. Buat anda yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala seperti saya, sekiranya mahu bersenam, lakukanlah dengan ringan,” ujar artis yang juga sahabat rapat penyanyi Rossa.

Di ruangan komen catatannya, beberapa selebriti Indonesia turut menulis kata-kata semangat kepada Afgan dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh.

Sumber : Agensi berita/HA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan