Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi 1980-an Rohana Jalil enggan buat lagu baru, namun aktif di media sosial

Meskipun adanya permintaan membuat persembahan, Rohana, atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, berkata beliau tidak berminat menghasilkan lagu baru, menganggapnya sebagai "buang masa".

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi 1980-an Rohana Jalil enggan buat lagu baru, namun aktif di media sosial

(Gambar: Facebook/Rohana Jalil)

Diterbitkan : 30 Mar 2021 01:04PM Dikemas Kini : 30 Mar 2021 01:13PM

KUALA LUMPUR: Pada usia 66 tahun, Rohana Jalil mengaku masih mendapat tawaran oleh beberapa penganjur untuk melakukan persembahan.

Meskipun adanya permintaan ini, Rohana, atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, berkata beliau tidak berminat menghasilkan lagu baru, menganggapnya sebagai "buang masa".

Penyanyi yang popular dengan lagu Rayuanku itu menjelaskan kepada Harian Metro:
"Buang masa saja kerana mereka (peminat) tak ambil kisah. Buatlah banyak mana pun lagu baru, orang tetap suka lagu lama. Apapun saya bersyukur kerana orang masih ingat lagu saya."

Rohana berkata beliau tidak mengambil kisah sekiranya peminat mula melupakannya apabila tiada lagu baru dihasilkan.

Seiring perubahan masa, Rohana menarik perhatian kepada pentingnya media sosial sebagai satu cara untuk memasarkan diri.

"Sekarang ada pelbagai medium untuk mempromosikan diri. Kita ada YouTube, Instagram dan Facebook. Menyanyi saja di situ setiap hari pasti ramai yang suka," kata beliau kepada Harian Metro.

"Kalau betul caranya, media sosial ini sangat membantu. Banyak penganjur yang tawarkan saya menyanyi apabila tengok saya di sini. Pada saya ia sangat berguna. Jika tiada media sosial orang tentu sudah lupakan saya serta artis seangkatan saya," ujar Rohana, yang rajin memuatkan aktiviti terkininya di Facebook sebagai cara berinteraksi dengan peminat.

Selain mempromosi diri, Rohana juga memanfaatkan media sosial untuk meraih pendapatan tambahan.

Ini terutamanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu.

"Saya sering dapat tawaran untuk membuat ulasan produk dengan kenakan caj tertentu, dan untuk makanan tak dikenakan sebarang bayaran. Adalah juga rezeki di situ," kongsi beliau.

"Saya pun tak pilih jenis produk tapi tentulah produk ini okay buat pengguna." 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan