Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penulis novel 'Forrest Gump' meninggal dunia pada usia 77 tahun

Winston Groom, penulis novel popular "Forrest Gump," meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik gabenor bandar Fairhope, Alabama.

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis novel 'Forrest Gump' meninggal dunia pada usia 77 tahun

Winston Groom. (Gambar: Andrew Wardlow/News Herald via AP)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 02:45PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 02:52PM

MOSCOW: Winston Groom, penulis novel popular "Forrest Gump," meninggal dunia pada usia 77 tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik gabenor bandar Fairhope, Alabama.

“Dengan dukacita saya berkongsi maklumat mengenai pemergian sahabat kita Winston Groom. Bandar Fairhope telah kehilangan seorang penulis ikonik hari ini. Marilah bersama kita berdoa untuk keluarga dan rakan-rakannya," tulis Karin Wilson di laman Facebooknya pada Khamis (17 Sep).

Novel "Forrest Gump", yang diterbitkan pada 1986, meraih populariti selepas diadaptasi ke layar perak pada 1994.

Novel itu mengisahkan seorang lelaki dengan ketidakupayaan kognitif, yang kehidupannya berkait rapat dengan sejarah Amerika Syarikat pada abad ke-20.

Groom turut menghasilkan sekuel "Forrest Gump" yang berjudul "Gump and Co." serta beberapa karya bukan fiksyen. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan