Penonton ternampak ‘kuntilanak’ di panggung; video dikongsi di media sosial
Bayangkan anda masuk ke panggung wayang dan tiba-tiba ternampak Kuntilanak duduk berdiam diri di tengah-tengah kawasan tempat duduk. Pastinya anda terpaku atau terjerit ketakutan!
JAKARTA: Bayangkan anda masuk ke panggung wayang dan tiba-tiba ternampak Kuntilanak duduk berdiam diri di tengah-tengah kawasan tempat duduk. Pastinya anda terpaku atau terjerit ketakutan!
Demikianlah yang berlaku di sebuah panggung wayang di Jakarta pada malam Jumaat. Para penonton terkejut apabila ternampak Kuntilanak duduk senyap di tengah-tengah panggung.
Rupa-rupanya, ia hanya gimik untuk mempromosikan filem Kuntilanak yang baru keluar, lapor Sinar Harian.
Ternyata, strategi tersebut berkesan kerana mendapat perhatian penonton. Malah, ramai yang mengambil gambar dan video Kuntilanak dan berkongsi di media sosial.
Kuntilanak itu menjelma di acara pratonton filem Kuntilanak di Cinema XXI Epicentrum, Jakarta yang akan menemui penonton pada 15 Jun nanti, selari dengan tayangan di Malaysia.
Menariknya juga tarikh tersebut dijangkakan jatuh pada hari raya kedua di Indonesia dan hari raya pertama di Malaysia.
Kuntilanak sebelum ini pernah dihasilkan pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Ketiga-tiganya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kuntilanak versi baru itu masih lagi diarahkan oleh Rizal Mantovani. Sementara itu, barisan pelakonnya pula antaranya termasuk Aurelie Moeremans, Andryan Sulaiman, Sandrinna Michelle Skornicki, Adlu Fahrezy, Fero Walandouw dan ramai lagi, lapor Sinar Harian.
Ia mengisahkan lima kanak-kanak di sebuah rumah yang terpaksa berhadapan dengan Kuntilanak yang muncul dari sebuah cermin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.