Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penjualan awal tiket Avengers: Endgame bermula Rabu

Detik yang dinantikan para peminat tegar Marvel akan tiba tidak lama lagi. Penjualan awal bagi tiket Avengers: Endgame bermula Rabu ini (10 Apr)!

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan awal tiket Avengers: Endgame bermula Rabu

(Gambar: Marvel)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 03:13PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 03:22PM

SINGAPURA: Detik yang dinantikan para peminat tegar Marvel akan tiba tidak lama lagi. Penjualan awal bagi tiket Avengers: Endgame bermula Rabu ini (10 Apr)!

Mediacorp difahamkan penjualan bermula pada 9.30 pagi di kesemua pawagam merata Singapura, pada harga tiket biasa.

Harga mungkin berbeza mengikut syarikat pawagam, namun penjualan awal tiket Avengers: Endgame diseragamkan bagi pawagam-pawagam Shaw, Golden Village, Cathay Cineplexes, FilmGarde dan WE.

Tidak seperti pembukaan filem-filem blockbuster lain, filem Endgame tidak akan ditayangkan pada malam sebelum tayangan pembukaan di Singapura pada 24 April.

Hanya dua minggu sebelum apa yang disebut-sebut sebagai filem terhebat tahun ini, penjualan filem terbaru Marvel itu sudah laris dijual seperti pisang goreng di Amerika Syarikat, dengan bidaan bagi tiket dijual semula di eBay mencecah AS$9,199 (S$12,443.49).

Menurut laporan, filem itu hanya mengambil enam jam untuk memecah rekod jualan awal di laman penjualan tiket Fandango, menjangkaui penjualan tiga filem terbaru Star Wars (The Force Awakens, The Last Jedi dan Rogue One) serta Avengers: Infinity War, bahagian pertama penutup siri filem Avengers.

Keghairahan para peminat jelas meluap-luap selepas 21 filem dan pembikinan filem menjangkau sedekad bakal sampai ke kemuncaknya apabila pengarah Joe dan Anthony Russo mengakhiri Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe (MCU) nanti.

Avengers: Endgame membuka tirainya di sini pada 24 April.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan