Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penggambaran Mission: Impossible 7 digantung susuli kes positif COVID-19

Paramount Pictures pada Khamis (3 Jun) terpaksa menggantung buat sementara waktu penggambaran filem Mission: Impossible yang ketujuh setelah seorang individu diuji positif bagi koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggambaran Mission: Impossible 7 digantung susuli kes positif COVID-19

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Jun 2021 09:59AM Dikemas Kini : 04 Jun 2021 10:01AM

LOS ANGELES: Paramount Pictures pada Khamis (3 Jun) terpaksa menggantung buat sementara waktu penggambaran filem Mission: Impossible yang ketujuh setelah seorang individu diuji positif bagi koronavirus.

"Kami buat sementara waktu menggantung penggambaran Mission: Impossible 7 sehingga 14 Jun kerana keputusan ujian koronavirus yang positif semasa ujian rutin," kata seorang jurucakap Paramount dalam kenyataannya. "Kami mematuhi semua protokol keselamatan dan akan terus memantau situasi itu."

Syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Pada Disember lalu, bintang Mission: Impossible Tom Cruise menegur rakan-rakan sekerja di set penggambaran Mission: Impossible setelah beliau ternampak dua kakitangan penggambaran tidak mematuhi peraturan jarak selamat.

Dalam rakaman audio yang dikeluarkan oleh akhbar Sun, Cruise kedengaran memberi amaran bahawa beliau akan memecat sesiapa saja yang didapati tidak mematuhi peraturan menjaga jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu sama lain.

Penggambaran filem itu serta seluruh industri perfileman digantung selama beberapa bulan pada awal tahun lalu apabila berlaku pandemik koronavirus.

Filem tersebut dijadual ditayangkan di pawagam pada 2022. 

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan