Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah tersohor Hollywood gembleng sokongan bagi 'saudara Muslim' susulan serangan Christchurch

Para pengarah filem dari New Zealand menyuarakan bantahan tegas terhadap insiden tembakan di Christchurch pada Jumaat (15 Mac) yang menyebabkan kematian 50 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah tersohor Hollywood gembleng sokongan bagi 'saudara Muslim' susulan serangan Christchurch

Pengarah filem The Lord of the Rings, Peter Jackson (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 06:10PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 06:17PM

NEW ZEALAND: Para pengarah filem dari New Zealand menyuarakan bantahan tegas terhadap insiden tembakan di Christchurch pada Jumaat (15 Mac) yang menyebabkan kematian 50 orang.

Pengarah filem The Lord of The Rings, Peter Jackson, yang berasal dari Pukerua Bay, dekat ibu kota Wellington, berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu kepada media Variety bahawa "warga New Zealand amat berdukacita. Kami bersimpati dengan semua yang terjejas oleh tindakan pengecut berbaur kebencian.

"Kiwi (warga NZ) bersatu padu dalam rasa cinta dan sokongan kepada para saudara Muslim kita. Kami akan lakukan sedaya upaya untuk membantu mereka pulih dan bangkit dari tragedi malang ini."

Kenyataan Jackson itu adalah antara luahan hati dan sokongan daripada ramai orang-orang terkenal, menyusuli serangan pada Jumaat ke atas masjid Al Noor dan Linwood di bandar kedua terbesar Pulau Selatan, New Zealand.

Seorang lagi pengarah filem warga New Zealand, Taika Waititi, meluahkan perasaannya menerusi Twitter.

Pengarah filem Thor: Ragnarok itu menulis: "Hati saya remuk. Saya turut bersedih dengan seluruh negara. Saya amat berduka cita mendengar kebencian sebegini boleh berlaku di tanah air. Ingatan saya bersama Christchurch, para mangsa, ahli keluarga, masyarakat Muslim dan semua yang menjadikan tempat ini sebagai rumah mereka. Ini bukan cara kita." 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan