Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah 'Nur' intai peluang drama popular difilemkan

Kemenangan besar diraih drama Nur di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) semalam (7 Apr) membuatkan pengarah Shahrulezad Mohameddin seolah-olah berada di awang-awangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah 'Nur' intai peluang drama popular difilemkan

(Gambar: Madam Amyra/Instagram)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 11:22PM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 11:23PM

KUALA LUMPUR: Kemenangan besar diraih drama Nur di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) semalam (7 Apr) membuatkan pengarah Shahrulezad Mohameddin seolah-olah berada di awang-awangan.

Tidak mahu kejayaan drama Nur terhenti setakat di situ, Shahrulezad bercadang mahu membuka lembaran baru buat drama yang menjadi sohor kini hingga mencapai 11 juta tontonan apabila ia disiarkan di televisyen.

Shahrulezad memberitahu Malaysiakini jika fenomena drama tersebut meraih sokongan peminat yang berterusan, Nur mungkin boleh difilemkan.

“Memang ada terfikir untuk memfilemkan Nur tapi kena tengok dulu macam mana prestasi penonton untuk Nur 2,” katanya ketika ditemui selepas majlis DFKL 2019.

Menurut laporan Malaysiakini, Drama Nur menggondol enam anugerah di DFKL 2019 menerusi kategori-kategori drama pilihan, pengarah pilihan, penulis skrip pilihan (Shahrulezad), pelakon lelaki pilihan (Syafiq Kyle), pasangan pilihan (Syafiq Kyle dan Amyra Rosli) serta antagonis pilihan (Azhan Rani).

Acara itu berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, Shahrulezad - yang turut mengarahkan drama Cinta Balqis itu - berkata semua rancangan masih di peringkat perbincangan dan perlu mengikut kesesuaian pasaran.

“Biasanya saya berpendapat sesuatu yang dibuat sekuel (sebagai susulan) atau selain itu tak boleh pergi jauh.

“Macam Nur 2, ia diteruskan sebab ada permintaan tapi sebelum itu saya pastikan jalan ceritanya terasing (berlainan) daripada Nur.

“Saya tak harapkan apa-apa. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya.

Namun pada masa sama, Shahrulezad berkata semasa berkarya, beliau sebenarnya tidak suka menghasilkan sesuatu yang terlalu mengikut arah aliran semasa.

“Kalau drama itu sesuai difilemkan, baru kita buat. Jika tidak, lebih baik tak payah.

“Saya bukan jenis yang ikut trend. Saya jenis suka berhenti makan kalau dah sedap. Jangan kita paksa orang makan lagi,” kata lagi dalam wawancara bersama Malaysiakini. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan