Images
  • star wars rogue squadron
    (Gambar: Agensi berita)

Penerbitan filem 'Star Wars' Disney ditunda

LOS ANGELES: Penerbitan filem 'Star Wars' Walt Disney Co yang seterusnya ditunda kerana pengarah filem Patty Jenkins terlibat dengan projek-projek yang lain, menurut seorang sumber rapat dengan penerbitan itu pada Isnin (8 Nov).

Filem 'Star Wars: Rogue Squadron' dijadual ditayangkan di pawagam pada Disember 2023, menurut sumber itu, namun terdapat kemungkinan tarikhnya akan ditukar.

Jenkins, yang mengarahkan dua filem "Wonder Woman" bagi Warner Bros, kini terlibat dengan penerbitan filem ketiga tentang adiwira itu serta satu lagi filem tentang permaisuri Mesir, Cleopatra.

Para penerbit filem "Rogue Squadron" sebelum ini berharap dapat menghabiskan penerbitan pada 2022 namun mereka menyedari bahawa ia mustahil untuk memenuhi garis masa tersebut disebabkan jadual Jenkins yang padat, menurut sumber itu. Penerbitan bagi filem itu dikeluarkan daripada kalendar 2022.

Berita ini pertama kali dilaporkan oleh The Hollywood Reporter.

Wakil bagi Jenkins tidak segera menjawab permohonan bagi mendapatkan komen.

Disney mempunyai rancangan penerbitan bagi filem-filem "Star Wars" yang lain, termasuk yang dihasilkan oleh Presiden Marvel Studio Kevin Fiege.

Syarikat itu juga merancang untuk menerbitkan beberapa siri televisyen "Star Wars" menerusi khidmat penstriman Disney+. Antaranya, siri "The Book of Boba Fett" yang akan dilancarkan pada Disember dan "Obi-Wan Kenobi" yang dijangka dilancarkan pada tahun depan.

- Reuters/HA/ha

Top