Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penaja hadiah GV4 janji isu kelewatan segera diatasi

Syarikat Bina Megah Empire baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya tidak berniat mahu menipu sesiapa malah kini dalam proses menyelesaikan penyerahan hadiah kepada tiga pemenang teratas GV4.

Anggaran Waktu Membaca:
Penaja hadiah GV4 janji isu kelewatan segera diatasi

Mohd Amir Mohd Esa. (Gambar: Facebook/Mohd Amir Mohd Esa)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 12:15PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 12:31PM

MALAYSIA: Syarikat Bina Megah Empire baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya tidak berniat mahu menipu sesiapa malah kini dalam proses menyelesaikan penyerahan hadiah kepada tiga pemenang teratas GV4.

Menurut pemilik syarikat itu, Mohd Amir Mohd Esa, sebagai seorang artis beliau memang amat memahami situasi yang dialami pemenang GV4 berkenaan dan berkata bahawa beliau akan mengambil sepenuh tanggungjawab untuk mempercepatkan urusan penyerahan tanah lot banglo berkenaan.

Sehingga kini, penaja tanah lot banglo didakwa masih gagal melunaskan janjinya kepada pemenang Gegar Vaganza musim keempat (GV4), lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani lagi, pelakon terkenal, Aishah yang juga Juara GV4 turut melahirkan kekecewaannya kerana belum memperolehi lot banglo tersebut meskipun pertandingan berkenaan berakhir sudah hampir setahun.

Malah, beliau turut mendakwa barang kemas tajaan bernilai RM80,000 (S$27,000) didapati palsu.

Selain Aishah, pemenang tempat kedua, Liza Hanim dan Lan Solo (ketiga), juga belum menerima hadiah yang diuar-uarkan penaja berkenaan.

Bagaimanapun, hadiah lain iringan sumbangan pihak Astro dan penaja lain sudah diterima para penyanyi tersebut.

Astro Awani melaporkan bahawa Mohd Amir yang popular dengan lagu Aku Tak Bersalah diterbitkan pada 1996, memaklumkan bahawa pihaknya ada berkomunikasi dengan ketiga-tiga pemenang hadiah utama berkenaan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan