Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat puji lagu baru ciptaan Elizabeth Tan

Lagu terbaru yang dihasilkan oleh penyanyi popular Malaysia, Elizabeth Tan, disambut baik oleh para peminatnya dengan ramai yang mengatakan bahawa mereka menyukai lagu baru itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat puji lagu baru ciptaan Elizabeth Tan

Lizzy mula menceburi industri hiburan tempatan pada tahun 2013. (Gambar: @elizabethtsm/Instagram)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 02:08PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 02:15PM

KUALA LUMPUR: Lagu terbaru yang dihasilkan oleh penyanyi popular Malaysia, Elizabeth Tan, disambut baik oleh para peminatnya dengan ramai yang mengatakan bahawa mereka menyukai lagu baru itu.

Elizabeth Tan yang juga mesra disapa Lizzy mengongsi sebuah video di akaun Instagramnya, di mana beliau menyanyikan lagu yang ditulisnya sendiri.

Astro Awani menukil Lizzy sebagai berkata bahawa lirik lagu tersebut ditulis secara mengejut dan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.

Para pengikut Lizzy memberikan reaksi positif dalam ruangan komen Instagramnya dengan mengatakan mereka menyukai lagu baru itu.

Malah, ada juga sesetengah netizen yang berpendapat bahawa cara Lizzy membawa lagu itu mengingatkan mereka akan cara nyanyiannya ketika beliau mula-mula bergelar sebagai seorang penyanyi.

"Saya rindu Lizzy yang dulu," tulis seorang netizen, seperti yang ditukil oleh Astro Awani.

Lizzy turut membalas komen itu dengan mengatakan, "Saya juga rindunya."

Menurut Astro Awani, Lizzy mula menceburi industri hiburan tempatan pada tahun 2013. Beliau berjaya membina popularitinya menerusi bidang nyanyian dan lakonan dalam filem serta drama tempatan. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan