Images
  • fazura
    (Gambar: missfazura/ Instagram)

Peminat 'psiko' tuduh Fazura berdua-duaan dengan Rizman Ruzaini

KUALA LUMPUR: Ruang platform media sosial kini memberi peluang kepada para peminat untuk 'menjenguk' ke dalam kehidupan para selebriti yang diminati.

Tidak hanya mengikuti perkembangan artis kegemaran mereka, para peminat juga boleh berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui ruang komen di platform-platform media sosial.

Namun, ada kalanya, kebebasan para peminat inilah yang membuat para artis tidak berasa selesa, terutama sekali jika si peminat terlalu cuba campur tangan dalam kehidupan masing-masing.

Baru-baru ini, pelakon popular, Fazura, berdepan dengan situasi seperti ini.

Menurut Astro Awani, Fazura 'diserang' oleh seorang individu yang menggunakan akaun Instagram palsu dan menuduh Fazura keluar berdua-duaan dengan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

Pengguna Instagram itu turut menggesa supaya Fazura "mengingati suaminya", Fattah Amin dan tidak keluar bersama lelaki lain.

"Fazura, u ingat kita tak tahu sekarang pukul 10.00, you dan rizman dating di Pavillion. Sedarlah diri kami Fazura, you dah ada suami tahu!!!! Tuhan tahu Fazura," tulis pengguna Instagram itu seperti ditukil Astro Awani.

Tidak 'meletup', Fazura sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan.

"Of course la you tahu sebab you kan peminat setia I, sentiasa luangkan masa you focus dengan segala yang I buat. Terima kasih. I am so humbled.

"Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya. Setiap kali dia busy bekerja dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya.

"Kalau awak nak join marilah. You can sit with us. Lot of love! Thanks you minat kat saya," balas Fazura.

Komen individu berkenaan mendapat perhatian pengikut Fazura yang lain. Bahkan kebanyakan peminat juga meminta Fazura lebih berhati-hati dengan individu psiko seperti itu, lapor Astro Awani.

Namun selepas menerima 'serangan' bertubi-tubi dari netizen, individu berkenaan memadamkan komen yang ditinggalkan tidak lama selepas itu. 

- Agensi berita/AQ/aq

Top