Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat kritik Emma yang kelihatan tidak segan dengan penampilan baru

Sepanjang minggu ini, keputusan pelakon Malaysia Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung terus menjadi buah mulut ramai, terutama sekali dalam kalangan para netizen.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat kritik Emma yang kelihatan tidak segan dengan penampilan baru

(Gambar: emma_maembongofficial/Instagram)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 10:19PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 10:23PM

KUALA LUMPUR: Sepanjang minggu ini, keputusan pelakon Malaysia Emma Maembong untuk tidak lagi bertudung terus menjadi buah mulut ramai, terutama sekali dalam kalangan para netizen.

Ramai yang terkejut dan menyatakan kekecewaan terhadap selebriti kesayangan mereka yang berusia 27 tahun itu.

Yang membuat lebih ramai kecewa adalah tindakan Emma yang seolah-olah tidak terjejas dengan kecaman orang ramai. Dalam tempoh kurang seminggu, beliau sudah memuat naik enam gambar dengan penampilan barunya.

Ini sekaligus membuat sesetengah netizen menegurnya.

"Macam suka sahaja dah lepas tudung, foto pun gedik-gedik," tulis seorang pengguna Instagram seperti ditukil media tempatan.

Namun, Emma bersahaja membalas komen tersebut dengan menyatakan: "Takkan nak post gambar tengah nangis."

Kelab peminatnya, Emmanizers, turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan keputusannya.

Semasa ditemui mStar, presiden kelab tersebut berkata: "Kelab peminat tidak menyokong tindakan tersebut tetapi tetap bersama meneruskan sokongan kerjaya Emma."

Ada juga dalam kalangan peminat yang meninggalkan komen-komen untuk memberikan semangat kepadanya. Komen seperti itu turut dibalas Emma.

Sebelum ini, Emma mengaku keputusannya itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima kritikan orang ramai.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan