Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat 'bubble tea' kesal beli minuman dijual anak Datuk Seri Vida

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah yang boleh dikatakan tentang peniaga kosmetik terkenal Malaysia Datuk Seri Vida dan anak perempuannya Nur Edlynn Zamileen. Malangnya, percubaan anaknya dalam bidang keusahawanan nampaknya kurang berjaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat 'bubble tea' kesal beli minuman dijual anak Datuk Seri Vida

(Gambar-gambar: Instagram/datukserivida)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 12:08AM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 12:12AM

PETALING JAYA: Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah yang boleh dikatakan tentang peniaga kosmetik terkenal Malaysia Datuk Seri Vida dan anak perempuannya Nur Edlynn Zamileen.

Baru-baru ini, Malaymail melaporkan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, sibuk mengheboh-hebohkan di akaun sosial media tentang minuman 'bubble tea' yang dijual anaknya.

Minuman perisa roasted creme brulee itu dijual oleh Nur Edlynn, juga dikenali dengan gelaran Cik B, pada harga RM15 setiap satu.

Malangnya, meskipun Datuk Seri Vida merupakan usahawan yang terkenal, percubaan anaknya dalam bidang keusahawanan nampaknya kurang berjaya.

Ini boleh dilihat pada komen-komen negatif para netizen mengenai minuman tersebut, seperti dilaporkan Malaymail.

"Bila produk dijual orang terkenal, mesti dijual pada harga mahal, eh?" menurut pengguna akaun muhdnuhilman_.

Seorang pengguna akaun peyra_pijan pula berkongsi pengalaman tidak puas hati apabila membeli produk itu pertama kali.

"Saya hanya dapat teh susu, boba dan air batu pada harga RM15. Apabila tanya pekerja, mereka kata tidak boleh membuatnya dengan creme brulee kerana tidak mempunyai penyembur api untuk bakar gula jadi perang.

"Mereka sepatutnya kurangkan harga supaya berpatutan dengan apa yang saya dapat," tulis beliau.

Seorang lagi pengguna, littlemyrae2_, mengadu tentang rasa minuman itu.

"Gula perang yang digunakan jelas 'unik' sangat. 'Unik' bermakna rasanya pelik," kata beliau.

Menurut Malaymail, komen-komen tersebut sudah dipadamkan daripada catatan Instagram Datuk Seri Vida.

Nampaknya, bagi Datuk Seri Vida dan Cik B, yang tumpah bukannya kuah ke nasi, tetapi 'bubble tea' yang tumpah kerana tidak memuaskan hati pelanggan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan