Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pemain bass Seventeen antara mangsa dilaporkan terkorban dalam tsunami Indonesia

Para peminat kumpulan muzik Indonesia, Seventeen berduka cita selepas mendapat berita salah seorang anggota kumpulan itu terkorban akibat tragedi tsunami yang membadai kawasan pantai di sekitar Selat Sunda pada Sabtu malam (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain bass Seventeen antara mangsa dilaporkan terkorban dalam tsunami Indonesia

Pemain bass Seventeen M Awal Purbani bersama anak perempuannya, Inara. (Gambar: Muhammad Awal Purbani/Instagram)

Diterbitkan : 23 Dec 2018 06:48PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 07:17PM

JAKARTA: Para peminat kumpulan muzik Indonesia, Seventeen, berduka cita selepas mendapat berita salah seorang anggota kumpulan itu terkorban akibat tragedi tsunami yang membadai kawasan pantai di sekitar Selat Sunda pada Sabtu malam (22 Dis).

Berita menyedihkan itu disampaikan sendiri oleh vokalis kumpulan tersebut, Riefian Fajarsyah, menerusi satu catatan di laman Instagramnya.

Astro Awani melaporkan bahawa pemain bass, M Awal Purbani sedang membuat persembahan di atas pentas bersama anggota lain di acara konsert di Tanjung Lesung Beach Resort di Pandeglang, Banten apabila tragedi itu berlaku.

Dalam video dramatik yang tersebar online, pentas tersebut dipukul ombak tsunami hanya beberapa saat selepas Seventeen mula mempersembahkan lagu kedua mereka, lapor Astro Awani.

Para penonton juga boleh didengar berteriak sedang mereka cuba untuk menyelamatkan diri dalam video berkenaan.

Pada 11 Disember, M Awal Purbani yang juga mesra dikenali sebagai Bani memuat naik sekeping gambar bersama anak perempuannya, Inara dengan kapsyen: "Hore bapakku pulang."

View this post on Instagram

Hore bapakku pulang..��

A post shared by Muhammad Awal Purbani (@baniseventeen) on

Catatan itu dan satu lagi catatan pada 8 Disember lalu dengan kapsyen "Qanaah itu lebih baik, karena kita di dunia ini cuma sementara" menerima perhatian ramai peminat dan netizen lain.

Selepas mendapat berita mengenai pemergian Bani, ramai yang meninggalkan kata-kata menyentuh hati dalam ruang komen Instagramnya, termasuk rakan artis, Pasha Ungu.

"Selamat jalan saudaraku Bani, selesai sudah tugas mulia di bumi Allah. Semoga engkau mendapat ketenangan.

"Selamat beristirehat saudara," tulis Pasha.

Astro Awani melaporkan Bani dan isterinya Cindri Wahyuni bakal menimang cahaya mata kedua.

Sementara itu, Riefian mengesahkan bahawa pengurus kumpulan Seventeen, Oki Wijaya turut terkorban manakala tiga lagi anggota Seventeen belum ditemui. Mereka ialah pemain gitar Herman, anggota kru Ujang dan pemain dram Andi. 

Sumber : CNA/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan