Images
  • Zainal Ihim
    Allahyarham Zainal Ihim meninggal dunia pada 18 Jan 2021. (Gambar: Mediacorp Suria)

Pelawak veteran Singapura, Zainal Ihim, meninggal dunia

SINGAPURA: Pelawak veteran tempatan, Zainal Ihim, meninggal dunia hari ini (18 Jan). Berita duka itu disahkan oleh salah seorang adik Allahyarham, Encik Zaini Ihim, kepada BERITAmediacorp.

Menurut Encik Zaini, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.15 petang di Hospital Ng Teng Fong akibat jangkitan paru-paru.

BERITAmediacorp turut menerima pengesahan berita duka itu daripada salah seorang rakan Allahyarham, pelawak Husin Saaban, yang menyifatkan pemergian sahabatnya itu sebagai "kehilangan satu khazanah".

Seorang lagi artis tempatan Khairudin Samsudin turut mengesahkan demikian dalam catatan Facebook beliau.

Pada 10 Disember 2020, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas semasa bertugas.

Allahyarham dan Encik Husin juga sepatutnya mengadakan persembahan sempena hari cuti Krismas pada 25 Disember lalu di atas kapal Royal Albatross.

Namun terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan kesihatan Allahyarham.
 

- BERITAmediacorp/nk

Top