Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelawak veteran Samad Ayob meninggal dunia

Pelawak veteran kelahiran Singapura, Samad Ayob, meninggal dunia pada Khamis (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak veteran Samad Ayob meninggal dunia

(Gambar: Facebook/Wadah Seni Entertainment)

Diterbitkan : 25 Mar 2021 11:57PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 07:28PM

SINGAPURA: Pelawak veteran kelahiran Singapura, Samad Ayob, meninggal dunia pada Khamis (25 Mac).

Khabar pemergian penghibur tempatan itu dimaklumkan kepada BERITA Mediacorp oleh beberapa sumber dan disahkan oleh beberapa ahli keluarga, termasuk menantunya Encik Nur Azhar.

Allahyarham Samad meninggal dunia pada petang tadi, menurut anak sulungnya, Fazillah, lewat tengah malam.

Allahyarham, 73 tahun, baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Masyarakat Outram.

BERITAMediacorp telah cuba mendapatkan pengesahan lanjut dari pihak keluarga Allahyarham tentang keadaan kesihatan beliau sebelum pemergiannya.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu.

Pada 2015, media tempatan melaporkan pelawak legenda itu difahamkan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan jantung.

Menurut ahli keluarga, jenazah Allahyarham Samad kini berada di Woodlands St 83, dan akan dibawa ke Masjid Pusara Aman untuk dimandikan dan disolatkan esok pagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan