Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelawak veteran Jamali Shadat meninggal dunia pada usia 78 tahun

Pelawak komedi veteran, Jamali Shadat, meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak veteran Jamali Shadat meninggal dunia pada usia 78 tahun

Jamali Shadat. (Gambar-gambar: Fauzi Bin Jamalai)

Diterbitkan : 03 Feb 2021 11:07AM Dikemas Kini : 03 Feb 2021 11:10AM

KUALA LUMPUR: Pelawak komedi veteran, Jamali Shadat, meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi pada Rabu (3 Feb).

Berita duka itu disahkan oleh cucu Allahyarham, Isyraq Ariff Zalull Ariff, menurut Harian Metro.

Sejak pemergian isteri tercinta pada 15 Jun 2018, Allahyarham banyak mendiamkan diri dan menjadi semakin uzur.

Pelawak Jamali Shadat. (Gambar: Petikan video dari YouTube)

Petikan gambar dari video.

Semasa dihubungi pada tahun 2020, anak Allahyarham, Fauzi, memberitahu BERITAmediacorp: "Agak uzur sikit mungkin disebabkan oleh kemurungan selepas kematian ibu. Dua atau tiga bulan selepas mak meninggal, dia (Jamali Shadat) tak nak bercakap. Dia makan dan tidur. Lama kelamaan makin teruk pula."

Pelawak Jamali Shadat. (Gambar: Petikan video dari YouTube)

Petikan gambar dari video.

Pelawak bertaraf legenda itu popular dalam tahun 1980an.

Jamali Shadat atau nama sebenarnya Jamalai Bin Shadat, cukup dikenali dengan gelagatnya menggayakan suara kanak-kanak bernama Atan setiap kali tampil membuat persembahan di seluruh Malaysia.

Bahkan bapa kepada lapan orang anak itu juga mampu melontarkan suaranya dalam pelbagai bahasa seperti Jawa, Tamil dan Cina apabila beraksi di atas pentas. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan