Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelawak Jamali Shadat masih hidup; anak kesal berita palsu bapa meninggal

Berita pemergian pelawak veteran Malaysia, Jamali Shadat, 78 tahun, tidak benar sama sekali.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawak Jamali Shadat masih hidup; anak kesal berita palsu bapa meninggal

Pelawak Jamali Shadat. (Gambar: Petikan video dari YouTube)

Diterbitkan : 23 Jan 2021 02:58PM Dikemas Kini : 23 Jan 2021 03:22PM

KUALA LUMPUR: Berita pemergian pelawak veteran Malaysia, Jamali Shadat, 78 tahun, tidak benar sama sekali.

Demikian ditegaskan anaknya, Fauzi Jamali, 48 tahun, seperti yang dilaporkan laman mStar hari ini (23 Jan).

Menurut Encik Fauzi, bapanya itu "masih lagi hidup dan dalam keadaan baik".

Menurut laporan mStar, sejak awal pagi tadi, viral di media sosial memaklumkan bahawa pelawak veteran itu sudah meninggal dunia.

"Berita itu palsu! Dari subuh saya terima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan berita itu.

"Janganlah sebarkan berita yang tak betul dan mereka yang nak kongsi berita itu pun pastikan dapat daripada sumber yang benar. Dia masih lagi hidup dan kita doakan yang baik-baik untuknya," kata Encik Fauzi seperti yang dipetik laman mStar.

Pelawak Jamali Shadat. (Gambar: Petikan video dari YouTube)

Pelawak Jamali Shadat. (Gambar: Petikan video dari YouTube)

Pagi tadi, di laman Facebook, beberapa pengguna memuat naik gambar dan catatan mengenai pemergian pelawak yang popular pada tahun 1980-an itu.

Encik Fauzi juga memberitahu mStar, meski bapanya masih dalam keadaan uzur, beliau sudah ada selera makan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan