Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon watak Boba Fett trilogi pertama 'Star Wars' meninggal dunia

Jeremy Bulloch, pelakon Inggeris yang pertama sekali memakai kostum Boba Fett dalam trilogi pertama “Star Wars” meninggal dunia pada Khamis (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon watak Boba Fett trilogi pertama 'Star Wars' meninggal dunia

Jeremy Bulloch, yang menjayakan watak Boba Fett dalam Star Wars, di satu pameran di London pada 26 Jul 2017. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 18 Dec 2020 03:02PM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 03:09PM

LOS ANGELES: Jeremy Bulloch, pelakon Inggeris yang pertama sekali memakai kostum Boba Fett dalam trilogi pertama “Star Wars” meninggal dunia pada Khamis (18 Dis).

Bulloch meninggal dunia di sebuah hospital di London akibat komplikasi kesihatan setelah bertahun-tahun menghidap penyakit Parkinson, menurut ejennya di Brown, Simcocks & Andrews dalam satu kenyataan. Beliau berusia 75 tahun.

Sebagai watak pembunuh upahan Mandalor, Boba Fett diupah untuk menangkap dan membekukan Han Solo dalam filem “The Empire Strikes Back” pada 1980 dan kemudian membuat penampilan di padang pasir Tatooine dalam filem “Return of the Jedi” tiga tahun kemudian pada 1983.

“Hari ini kita kehilangan pembunuh upahan terbaik dalam galaksi," menurut kenyataan Twitter Billy Dee Williams, yang memegang watak Lando Calrissian yang turut muncul dalam babak-babak penting bersama Bulloch.

Mark Hamill, yang menjayakan watak Luke Skywalker, menulis di Twitter bahawa Bulloch adalah “contoh lelaki Inggeris yang unggul.”

Watak Boba Fett ditampilkan hanya selama beberapa minit dalam kedua-dua filem, namun dalam babak yang penting, dan hanya mempunyai empat baris dialog yang menggunakan suara pelakon lain.

Bagaimanapun Boba Fett dengan pantas menjadi antara watak yang digemari dalam filem-filem "Star Wars", mencetuskan jalan cerita lain termasuk siri "The Mandalorian" di Disney+ di mana watak Boba Fett muncul kembali.

Fenomena ini menjadikan Bulloch satu daya tarikan yang tersendiri di konvensyen-konvensyen filem dan komik yang dihadirinya.

Dilahirkan di Leicester, England, Bulloch mula berlakon dalam iklan sejak remaja lagi dan sudah menjayakan lebih 100 watak sepanjang kerjaya yang kebanyakannya tampil di kaca TV Britain, termasuk bagi watak-watak kecil dalam rancangan seperti "Dr Who", "Crown Court" dan "Sloggers".

Beliau juga muncul dalam dua filem James Bond, "For Your Eyes Only" pada 1981 dan "Octopussy" pada 1983.

Bulloch meninggalkan seorang isteri, Maureen, dan tiga anak lelaki.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan