Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia

Selepas lebih lima tahun bertarung penyakit barah peritoneal, pelakon popular era-1990an Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal hari ini (16 Mac), pada usia 52 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia

Pelakon filem 'Azizah The Legend', Wafa Abdul Kadir meninggal dunia selepas lima tahun bertarung barah peritoneal. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 16 Mar 2019 01:02PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 01:10PM

KUALA LUMPUR: Selepas lebih lima tahun bertarung penyakit barah peritoneal, pelakon popular era-1990an Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal hari ini (16 Mac), pada usia 52 tahun.

Menurut laporan Astro Awani, Allahyarhamha Wafa menghembuskan nafas terakhir pada sekitar 1.00 pagi tadi (16 Mac).

Berita pemergian Allahyarhamha Wafa dikongsi oleh penyanyi dan rakan rapatnya, Nora.

Menurut Nora, jenazah Allahyarhamha Wafa akan dibawa ke Masjid Attaqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk disolat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Berita pemergian pelakon filem 'Azizah The Legend' itu turut dikongsi oleh ramai kenalan Allahyarhamha di media sosial.

Allahyarhamah Wafa, anak mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Abdul Kadir Talib, sebelum ini dilaporkan menghidap barah ovari tahap empat.

Berikutan itu, Allahyarhamha terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang keseluruhan organ wanita - iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).

Allahyarhamha kembali sihat selepas menjalani pembedahan tersebut. Namun, beliau berdepan pula dengan barah peritoneal pada awal 2016, menurut laporan Astro Awani.

Allahyarhamha juga dilaporkan sudah menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel barahnya.

Allahyarhamha meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52, dan beberapa orang anak, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan