Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Wafa Abdul Kadir derita barah tahap 4

Dugaan berturut-turut yang menimpa pelakon veteran Malaysia, Wafa Abdul Kadir amat berat sekali. Bagaimanapun, beliau tetap kelihatan ceria.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Wafa Abdul Kadir derita barah tahap 4

Pelakon veteran Malaysia, Wafa Abdul Kadir. (Gambar: Wafa Abdul Kadir/Facebook)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 12:10AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 12:18AM

MALAYSIA: Dugaan berturut-turut yang menimpa pelakon veteran Malaysia, Wafa Abdul Kadir amat berat sekali. Bagaimanapun, beliau tetap kelihatan ceria.

Pada tahun 2013, beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang lehernya setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas itu, beliau disahkan pula menghidap barah ovari dan kini, disahkan menghidap barah peritoneal, sejenis barah yang jarang berlaku.

Menurut pelakon berusia 52 tahun itu, di laman Facebooknya, penyakit-penyakit yang dihidapinya itu bagaimanapun, mendekatkan dirinya dengan Tuhan, malah tidak pernah berasa kesal akan semua cobaan yang menimpa dirinya.

Astro Awani melaporkan bahawa Wafa tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.

Oleh demikian, beliau kini sekadar makan mengikut saranan doktor dan pakar pemakanan meskipun tiada selera makan.

"Kalau tak dipaksa makanan masuk ke mulut, saya akan jadi lebih lemah. Cuma saya terus amal memakan madu dan habatus sauda dan beberapa makanan yang sesuai untuk saya," kata Wafa dalam laporan itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan