Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia

Pelakon veteran Malaysia, Zulkifli Zain, yang tidak asing lagi dalam dunia drama televisyen negara itu, meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Sabtu malam (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia

Pelakon veteran Malaysia, Zulkifli Zain. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 11:49PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 11:53PM

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Malaysia, Zulkifli Zain, yang tidak asing lagi dalam dunia drama televisyen negara itu, meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Sabtu malam (5 Sep).

Demikian menurut satu kenyataan media Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)yang melahirkan rasa dukacita bahawa "seorang lagi permata seni hiburan tanah air" sudah berpulang.

"Beliau menghembuskan nafas terakhir disamping isteri tersayang Datin Normala Omar dan 5 orang anaknya di rumah beliau di UK Perdana sekitar jam 8.30 malam tadi," menurut Seniman.

Beliau sebelum ini sudah "beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang meruncing" menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Berita sedih itu turut disahkan oleh anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli, yang menambah bahawa jenazah ayahnya akan disemadikan esok selepas solat Zohor.

"InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9.00 pagi jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat zohor," kata Dr Norzizi kepada mstar.

Mstar turut melaporkan bahawa sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu berada dalam keadaan kritikal setelah disahkan mengalami pendarahan otak.

Tambah akhbar itu lagi, Allahyarham Zulkifli pernah dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.

Allahyarham Zulkifli memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem pertamanya iaitu Jiwa Remaja pada tahun 1975.

Menurut Seniman, beliau pernah muncul dalam lebih 10 buah filem sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan.

Mstar pula melaporkan Dr Norzizi sebagai mengatakan bahawa bapanya itu sepatutnya menerima satu anugerah dari UiTMpada Khamis ini sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang seni. Namun hasrat tersebut kini tidak kesampaian.

Allahyarham Zulkifli berumahtangga dengan Normala Omar, yang pernah berlakon dalam siri drama popular Opah.

Menurut laman tersebut, Allahyarham meninggal dunia pada jam 7.30 malam, sambil menukil maklumat dari Dr Norzizi.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan