Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran M'sia Noryati Taib meninggal dunia

Pelakon veteran M'sia Noryati Taib meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran M'sia Noryati Taib meninggal dunia

Pelakon Noryati Taib meninggal dunia 7 April 2021. (Gambar: Instagram/Makuda Yati)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 01:36PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 01:37PM

JOHOR BARU: Pelakon drama Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 1.45 pagi tadi (7 Apr) di rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Baru.

Adik Noryati, Effie Ghazi Taib, 49 tahun, ketika dihubungi berkata Allahyarham kakaknya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff, 65 tahun. Allahyarham meninggalkan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 31 dan 42 tahun.

Effie Ghazi yang juga jurukamera Astro Awani berkata jenazah kakaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pada pukul 10.00 pagi ini.

Sementara itu, berita pemergian Noryati, 63 tahun, turut dikongsikan anak saudara Allahyarham, penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, menerusi akaun Instagram @budakijat.

Pada awal Februari lalu, media melaporkan, Noryati yang pernah berlakon dalam drama Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty serta Tari Tirana disahkan positif COVID-19 dan kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai.

Pada September 2017 Noryati yang menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang kritikal.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan