Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran M'sia Maria Arshad positif COVID-19

Mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, pelakon veteran, Maria Arshad, 63 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pada Sabtu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran M'sia Maria Arshad positif COVID-19

Maria Arshad (kiri) bersama anaknya Ijoy Azhari (tengah) dan menantunya Sharifah Shahirah (kanan). (Gambar: Instagram/sheiraijoy)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 08:58AM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 09:21AM

KUALA LUMPUR: Mengalami demam berpanjangan selama hampir dua minggu, pelakon veteran, Maria Arshad, 63 tahun disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian pada Sabtu.

Penyampai radio Suria FM yang juga menantunya, Sharifah Shahirah berkata bahawa ibu mentuanya kini ditahan di hospital bagi menjalani rawatan dan kuarantin.

"Jika diikutkan, mak lebih suka menjalani kuarantin di rumah disebabkan gejala dialami tidak begitu teruk. Namun, beliau ditahan di hospital disebabkan sudah tidak bermaya.

"Mak masih mengalami demam, jadi hospital mahu memantau dan mengambil darah. Pada awalnya, beliau ingat hanya mengalami demam biasa.

"Beliau ke hospital selepas menjalani pemeriksaan sendiri, tetapi keputusannya negatif pada 21 September lalu," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Shahirah berkata, demam masih tidak berkurangan dan mengalami sakit kepala yang teruk, mabuk, muntah dan cirit-birit, jadi dibawa ke hospital pada Sabtu lalu.

"Kami terkejut apabila diberitahu doktor, mak positif COVID-19," katanya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari tu berkongsi menerusi Instagram, bahawa beliau dan keluarganya merupakan kontak rapat pesakit COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Mengulas punca jangkitan, Shahirah memberitahu BH Online beliau tidak pasti memandangkan ibu mentua hanya keluar rumah untuk membeli barangan dapur sahaja.

"Setiap hari mak akan datang ke rumah untuk masak buat anak dan cucunya. Tapi, mak sangat menjaga kebersihan, selepas pulang dari mana-mana, beliau akan mandi. Berjumpa kawan pun tidak, keluar pun hanya ke pasar dan kedai untuk membeli barangan kek.

"Jadi, kami tidak pasti punca jangkitan. Kami sekeluarga curiga memandangkan anak saya ada yang baru balik dari Pulau Tioman. Tetapi, kami sudah menjalani ujian calitan, semuanya negatif," katanya.

Shahirah pula menambah beliau dan keluarga tetap menjalani kuarantin kendiri dan melaksanakan tugasan sebagai penyampai radio dengan bersiaran dari rumah.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan