Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran M'sia Abu Bakar Omar meninggal dunia

 Pelakon veteran kelahiran Kedah, Abu Bakar Omar meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) di sini pada 9.04 pagi pada Jumaat (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran M'sia Abu Bakar Omar meninggal dunia

(Gambar: Mohd Zainuddin Abu Bakar/Facebook)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 02:20PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 02:23PM

ALOR SETAR: Pelakon veteran kelahiran Kedah, Abu Bakar Omar meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) di sini pada 9.04 pagi pada Jumaat (16 Apr).

Berita kematian Abu Bakar yang berusia 72 tahun itu disahkan anak keduanya, Mohd Zainuddin, 46, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Encik Mohd Zainuddin berkata bapanya dibawa ke KMC selepas waktu berbuka puasa semalam, berikutan keadaannya jelas keletihan dan lemah sejak dua hari lepas. 

"Arwah sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit, tetapi dalam dua hari ini dia letih, jadi ahli keluarga bawa dia ke hospital. Masa itu, walaupun kelihatan letih dia masih boleh bersembang seperti biasa,” katanya. 

Beliau berkata pemeriksaan doktor mendapati jantung bapanya itu bengkak dan arwah kemudiannya dibawa masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum dimaklumkan bahawa keadaannya bertambah kritikal pada lewat malam.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang dan solat jenazah akan berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Alor Setar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru selepas solat Asar," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan