Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon 'The Rock' Dwayne Johnson pulih daripada COVID-19

Pelakon Amerika Syarikat dan bekas ahli gusti Dwayne "The Rock" Johnson berkata beliau dan keluarganya diuji positif bagi COVID-19, namun sudah pulih daripada jangkitan itu, lapor agensi berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon 'The Rock' Dwayne Johnson pulih daripada COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Sep 2020 11:55AM Dikemas Kini : 03 Sep 2020 12:04PM

MOSCOW: Pelakon Amerika Syarikat dan bekas ahli gusti Dwayne "The Rock" Johnson berkata beliau dan keluarganya diuji positif bagi COVID-19, namun sudah pulih daripada jangkitan itu, lapor agensi berita Sputnik.

"Isteri saya Lauren, serta dua anak perempuan saya, dan diri saya, kami semua diuji positif COVID-19," kata Johnson pada Rabu (2 Sep) dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Beliau menekankan bahawa kesemua anggota keluarganya sudah pulih daripada virus itu.

"Saya boleh beritahu anda bahawa ia adalah salah satu perkara paling mencabar dan sukar yang kami pernah lalui sebagai sebuah keluarga," katanya.

Johnson terkenal dengan peranannya dalam siri filem "The Scorpion King", "Doom", "Fast and Furious" dan "Jumanji".

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sejauh ini, lebih daripada 2.5 juta orang dijangkiti oleh virus itu di seluruh dunia, dengan lebih daripada 861,000 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan