Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Teletubbies, Tinky Winky, meninggal dunia akibat hiportermia

Pelakon warga Britain, Simon Shelton Barnes - yang memainkan watak Tinky Winky dalam rancangan televisyen popular Teletubbies - meninggal dunia akibat hipotermia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Teletubbies, Tinky Winky, meninggal dunia akibat hiportermia

Simon Shelton Barnes memainkan watak Tinky Winky dalam siri TV Teletubbies. (Gambar: Instagram)

Diterbitkan : 24 Jan 2018 08:24PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 08:26PM

LONDON: Pelakon warga Britain, Simon Shelton Barnes - yang memainkan watak Tinky Winky dalam rancangan televisyen popular Teletubbies - meninggal dunia akibat hipotermia.

Bapa tiga anak itu membawakan watak Teletubby ungu yang tidak pernah berenggang daripada beg tangannya. Barnes meninggal dunia pada Rabu (17 Jan), kata anaknya, seperti yang dipetik BBC.

Menurut laman Daily Mail, seorang rakan pelakon berkenaan mengesahkan pada Rabu lalu bahawa Barnes mengalami hipotermia atau penyakit akibat terdedah kepada cuaca sejuk setelah rebah di jalan raya di Liverpool.

Dalam laporan yang sama, polis Merseyside menyatakan seorang lelaki meninggal dunia di kawasan Mann Island Liverpool Rabu lalu.

"MENAWAN DAN TAMPAN"

Rakan pelakon John Simmit, yang melakonkan watak Teletubby hijau bernama Dipsy, memuat naik ke laman Twitter, gambar semua empat pelakon Teletubbies semasa rancangan itu masih popular.

Rakan serumah Barnes, Judith Tynan, yang juga sepupu bekas isteri beliau pula memberi penghormatan terakhir dengan menyifatkan Barnes sebagai seorang pelakon yang "menawan dan tampan".

Tynan memberitahu Daily Mail bahawa beliau begitu terkejut atas kehilangan Barnes kerana pelakon itu adalah teman yang terbaik.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan