Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Squid Game, Jung Ho-yeon, kini aktres Korea ke-2 popular di Instagram

Pelakon wanita Korea, Jung Ho-yeon dapat merasakan sendiri bagaimana Squid Game menjadi satu fenomena 'pop culture' setelah rancangan itu menjadi popular di Netflix.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Squid Game, Jung Ho-yeon, kini aktres Korea ke-2 popular di Instagram

(Gambar: Netflix)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 12:59PM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 01:06PM

KOREA SELATAN: Pelakon wanita Korea, Jung Ho-yeon dapat merasakan sendiri bagaimana Squid Game menjadi satu fenomena 'pop culture' setelah rancangan itu menjadi popular di Netflix.

Jung, yang mainkan watak pembelot Korea Utara Kang Sae-byeok (atau pemain #67) dalam siri itu, mempunyai hanya 400,000 pengikut di Instagram sebelum rancangan itu ditayangkan pada 17 September.

Kini pada 4 Oktober, beliau mempunyai 12.6 juta pengikut.

Beliau memintas seorang lagi pelakon popular K-drama, Song Hye-kyo, menduduki tempat kedua bagi pelakon wanita Korea dengan jumlah pengikut paling ramai di Instagram, menurut laman Soompi. Song mempunyai 12 juta pengikut.

Tangga teratas diduduki oleh Lee Sung-hyung, dengan 12.9 juta pengikut. Bagaimanapun, memandangkan Jung dan rancangan Squid Game kian popular seantero dunia, ini mungkin berubah dalam masa beberapa hari akan datang.

Dalam satu wawancara dengan Herald POP pada 1 Oktober, Jung berkata beliau "sangat terkejut" dengan jumlah pengikutnya yang bertambah.

Jung berkata beliau amat berterima kasih, sambil menambah: "Hakikat bahawa begitu ramai orang di dunia yang menunjukkan minat (dalam rancangan ini) membuat saya gembira."

Lebih istimewa lagi, Squid Game merupakan lakonan pertama Jung, menyusuli kerjayanya sebagai seorang model.

Rancangan Netflix itu berkisarkan 456 peserta miskin dan terdesak yang bertarung dalam permainan yang membawa maut demi hadiah wang tunai 45.6 bilion won (S$52.47 juta). Setakat ini belum disahkan sama ada drama itu akan kembali dengan musim kedua.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan