Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Sharnaaz Ahmad fail nusyuz terhadap Noor Nabila

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah, lapor portal berita Utusan Online.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Sharnaaz Ahmad fail nusyuz terhadap Noor Nabila

Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor. (Gambar: Sharnazahmad/Instagram)

Diterbitkan : 30 Sep 2019 10:26PM Dikemas Kini : 30 Sep 2019 10:34PM

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah, lapor portal berita Utusan Online.

Menurut peguam syarie, Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz, 34 tahun, anak guamnya sudah memfailkan kes tersebut pada 19 September dan diterima oleh Noor Nabila, 35 tahun, pada 22 September lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu sebutan di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail, hari ini (30 Sep), lapor Utusan Online.

Portal berkenaan turut melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh peguam syarie Azmi Rais yang mewakili Noor Nabila.

Mahkamah turut diberitahu, Sharnaaz dan Noor Nabila sudah melantik wakil jawatankuasa pendamai.

Sharnaaz diwakili kakaknya Sherrini Ahmad sementara Noor Nabila melantik bapa tirinya, Encik Abdul Halim Khan Lall Khan.

Mahkamah turut menetapkan 6 November ini bagi jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung kemelut rumahtangga Sharnaaz dan Noor Nabila.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan