Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon-pelawak Kevin Hart masuk hospital; cedera bahagian belakang akibat nahas kereta

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Kevin Hart dimasukkan ke hospital pada Ahad (1 Sep) selepas kenderaannya merempuh kawasan bukit-bukau di selatan Calabasas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon-pelawak Kevin Hart masuk hospital; cedera bahagian belakang akibat nahas kereta

Kevin Hart. (Gambar: kevinhart4real/Instagram)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 12:41PM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 12:58PM

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Kevin Hart dimasukkan ke hospital pada Ahad (1 Sep) selepas kenderaannya merempuh kawasan bukit-bukau di selatan Calabasas.

Menurut saluran televisyen ABC7, nahas itu berlaku sekitar 12.45 pagi berdekatan Mulholland Highway dan Cold Canyon Road selepas kereta 1970 Plymouth Barracuda klasik itu hilang kawalan lalu terbabas.

Hart adalah salah seorang daripada dua penumpang dalam kereta itu apabila pemandunya hilang kawalan. Beliau mengalami kecederaan belakang yang serius dan dirawat di Hospital Northridge meskipun kecederaannya tidak membahayakan nyawa. Pemandu kenderaan berkenaan juga dimasukkan ke hospital, sementara penumpang ketiga, yang turut cedera, tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

Pasukan Peronda Lebuh Raya California mengesahkan kepada ABC7 bahawa tiada tanda-tanda dadah atau arak terlibat, meskipun punca nahas sedang disiasat. Pasukan itu bagaimanapun tidak memberikan respons segera kepada permintaan untuk mendapatkan laporan berhubung insiden tersebut.

Baru-baru ini, Kevin Hart mengumumkan bahawa beliau akan berlakon dalam filem adiwira komedi Night Wolf. Hart akan memainkan watak seorang jejaka yang mendapat tahu bahawa ayah temanitanya adalah adiwira Night Wolf, semasa pertemuan dengan bakal mentuanya.

Hart juga baru-baru ini menyumbang suaranya kepada filem The Secret Life of Pets 2 dan akan membintangi Jumanji: The Next Level pada Disember.

Selain itu, beliau juga terlibat dalam perfileman Fatherhood, yang bakal ditayangkan pada 2020.  

Sumber : CNA/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan