Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Nurin Misha meninggal dunia selepas sesak nafas

Pelakon drama Nurin Misha, 52 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Ipoh pada sekitar 9.30 pagi tadi (12 Ogos) selepas mengadu sesak nafas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Nurin Misha meninggal dunia selepas sesak nafas

(Gambar: nurin_misha/ Instagram)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 07:35PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 07:40PM

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Nurin Misha, 52 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Ipoh pada sekitar 9.30 pagi tadi (12 Ogos) selepas mengadu sesak nafas.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata Nurin, atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah, mengadu sukar bernafas kepada anak perempuannya dan meminta ambulans dipanggil.

“Pihak perubatan yang tiba kemudian mengesahkan dia sudah tiada (meninggal dunia). Jenazah dibawa ke Masjid Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk urusan mandi dan solat jenazah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching,” kata Encik Hafiz.

Nurin yang meninggalkan lima orang anak, muncul dalam drama berjudul ‘Arafah’ yang disiarkan baru-baru ini.

Seluruh kepimpinan Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau, tambah Encik Hafiz.

Anak Allahyarham, Nur Amira Alias, 25, berkata karya yang pernah dibintangi ibunya yang paling diingati ialah filem “1957: Hati Malaya” arahan Shuhaimi Baba yang diterbitkan pada 2007.

“Dalam filem itu, emak saya berlakon dengan Maya Karin, Rusdi Ramli dan Mohd Kamarulzaman Taib,” katanya sambil menambah bahawa ibunya itu tidak sempat menjalani penggambaran beberapa lagi drama.

Nurin juga dalam proses penggambaran beberapa drama antaranya “Bahagia Bukan Bidaan” dan “Cinta Tiada Ganti”. Antara pelakon yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Nurin termasuk Delimawati Ismail, Ku Frida Ku Shafie (Mak Engku), Aida Khalid dan Kazim Nor.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan