Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Nazrief Nazri bingung anaknya berusia 2 bulan positif COVID-19

Tidak pernah bawa anak sulungnya keluar sebelum ini dan beliau suami isteri sendiri disahkan negatif, Nazrief terkejut apabila bayinya dijangkiti COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Nazrief Nazri bingung anaknya berusia 2 bulan positif COVID-19

(Gambar: Instagram/Nazrief Nazri)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 01:25PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 01:40PM

KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini, mungkin terdapat sebilangan orang yang lebih berhati-hati dan elakkan membawa ahli keluarga yang berisiko daripada keluar rumah.

Namun ternyata bagi pelakon Nazrief Nazri, langkah itu tidak mencukupi untuk melindungi anak sulungnya yang berusia hanya dua bulan, daripada dijangkiti koronavirus.

Harian Metro melaporkan pelakon tersebut berasa bingung dan tidak tahu punca bayi lelakinya itu boleh dijangkiti COVID-19 Selasa lalu.

Status jangkitan anaknya yang bernama Noah itu hanya beliau ketahui secara kebetulan pada Khamis (23 Sep) apabila bayinya menjalani ujian saringan sebelum proses berkhatan.

"Saya tak tahu macam mana nak hadapinya sebab melihat keadaan Noah, dia sihat saja. Namun, apabila doktor hubungi memaklumkan Noah positif COVID-19, ia memang merisaukan saya," kongsi Nazrief kepada Harian Metro.

"Sepatutnya hari ini (Khamis) Noah akan berkhatan tapi ketika bertemu doktor untuk pemeriksaan Selasa lalu dan perlu menjalani ujian calitan. Namun, selepas itu doktor memaklumkan Noah positif virus COVID-19.

"Sejujurnya saya tak tahu bagaimana Noah boleh dijangkiti sebab saya dan isteri negatif COVID-19. Malah kami tak pernah bawa Noah ke mana-mana melainkan dalam kawasan rumah saja.

"Noah pun tak pernah jumpa sesiapa kecuali kakitangan hospital semasa membuat pemeriksaan dan berpantang dulu. Saya pun tidak mahu menuduh sesiapa, cuma agak hairan tiba-tiba dia positif Covid-19," katanya.

Berkongsi lanjut dengan Harian Metro, pelakon itu berkata: "Setakat ini dia tidak demam, cuma tekak dia seperti berkahak sikit. Saya harap dia okay dan kuat melalui semua ini. Walaupun dia sihat, tapi sebagai ibu bapa kami tetap risau dengan keadaannya. Sekarang ini saya masih menanti panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia."

Nazrief dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019, dan menimang cahaya mata pertama mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan