Images
  • meor mohd afif
    (Gambar: Meor Mohd (Fan Page)/ Facebook)

Pelakon Meor Mohd Afif jadi mangsa curi

SEREMBAN: Pelakon, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affandi hilang sekitar RM1,200 (S$400) apabila dompetnya dipercayai dicuri ketika sedang membeli-belah di Kemayan Square semalam (31 Mac).

Ketua Polis Daerah Seremban ASP Thiew Hock Poh berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.00 tengah hari ketika Meor Mohd Afif, 28, berada di sebuah butik di pusat membeli-belah tersebut apabila pelakon itu menyedari kehilangan dompet yang diletakkan di bahagian belakang kereta sorong bayinya.

"Pengadu (Meor) syaki ianya dicuri oleh seseorang, anggaran kerugian iaitu wang tunai yang disimpan di dalam dompet lebih kurang RM1,200," katanya.

ASP Thiew berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada pegawai penyiasat Sarjan Fatimah Tomin di talian 06-6033222 atau sambungan 3482 atau menghubungi balai polis berdekatan. 

- BERNAMA/AQ/aq

Top