Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon Maya Karin perjuangkan nasib harimau Malaya daripada ancaman kepupusan

Pelakon kacukan Jerman-Melayu dari Malaysia Maya Karin memang dikenali dengan semangat aktivisnya terhadap usaha melindungi persekitaran alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon Maya Karin perjuangkan nasib harimau Malaya daripada ancaman kepupusan

(Gambar: Instagram/Maya Karin)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 10:48PM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 10:56PM

PETALING JAYA: Pelakon kacukan Jerman-Melayu dari Malaysia Maya Karin memang dikenali dengan semangat aktivisnya terhadap usaha melindungi persekitaran alam.

Jika sebelum ini beliau meningkatkan kesedaran ramai mengenai kepentingan memastikan kebersihan sungai, kini beliau sibuk dengan satu lagi kempen yang baru.

Pada Mac tahun lalu, Maya melancarkan sebuah kempen menyelamatkan harimau Malaya yang turut menyaksikan isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai penaungnya, menurut laporan Sinar Harian.

"Secara jujurnya saya berasa terkejut apabila usaha saya untuk membersihkan sungai dan meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan sungai menarik perhatian ramai.

"Dan sepanjang Cabaran Maya Karin yang saya mulakan pada September 2018, kini masih berlangsung hingga kini.

"Saya tidak mahu hanya berpegang pada satu kempen dan sekarang saya beralih ke kempen baru yang dipanggil Selamatkan Haiwan Malaya Kita," kata pelakon jelita itu seperti ditukil laporan MalayMail.

Menurut Maya, terdapat kurang daripada 200 harimau Malaya dan sudah tiba masanya untuk semua orang mengetahui akan bilangan yang membimbangkan itu.

"Ada yang merasakan mereka tidak seharusnya bimbang kerana terdapat 200 ekor harimau Malaya di Malaysia tetapi mereka harus ingat, proses pengawanan untuk mendapatkan anak harimau bukanlah mudah.

"Jika jumlah itu jatuh kepada 120, kerajaan mungkin mengisytiharkan spesies haiwan itu sebagai pupus.

"Oleh itu saya akan fikirkan apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah ini," kata pelakon terkenal filem Pontianak Harum Sundal Malam itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan