Images
  • zed zaidi
    (Gambar: Instagram/Rozaidijamil, AFP)

Pelakon M'sia Zed Zaidi dikecam sebar berita palsu virus korona di Twitter

PETALING JAYA: Pelakon Malaysia Zed Zaidi berdepan kecaman online kerana menyebarkan berita palsu dan menimbulkan rasa cemas berhubung jangkitan virus korona di Malaysia.

Menukil laporan MalayMail, pelakon berusia 39 tahun itu memuat naik ke Twitter pada Isnin (27 Jan), sekeping foto dirinya memakai pelitup diiringi petikan gambar dengan dakwaan palsu bahawa kesemua negara melarang kemasukan pelancong China kecuali Malaysia.

Namun, tera air bagi laman menghasilkan meme sendiri dilihat pada petikan gambar berkenaan, menunjukkan bahawa ia adalah palsu.

Menulis di catatan Twitter, Zed mengatakan: "Berada di Malaysia kini tidak selamat, anda perlu melindungi hidung anda selama 24 jam sehari daripada ancaman influenza dan virus korona. Selepas ini, tidak tahu apa lagi bala yang akan menimpa kami semua.

"Malaysia pasti lakukan perkara buruk, saya rasa hanya rakyat Malaysia yang tahu mengenainya."

Menurut laporan MalayMail, presiden Seniman itu yang belum lagi menurunkan catatan Twitter itu, dengan pantas dikecam oleh para pengguna Twitter kerana dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu berhubung penularan virus korona baru itu.

Ada sesetengah pengguna yang menghasilkan meme sendiri menerusi laman rekaan berita palsu bagi menunjukkan kesilapannya itu.

Sementara itu, ada yang menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis mengambil tindakan terhadapnya kerana mengongsi maklumat palsu mengenai virus korona baru itu, lapor MalayMail.

Sebelum ini, MCMC dan PDRM memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa yang menyebarkan kandungan khabar angin atau berita yang tidak sahih mengenai penularan virus korona di Malaysia.

Laporan berkaitan:Lelaki 34 tahun ditahan; sebar berita palsu virus Wuhan di M'sia 

- Agensi berita/HA/ha

Top