Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Sheila Mambo kongsi cara cuci pelitup pakai buang, undang reaksi pelbagai

Selain cecair pembasmi kuman atau sanitiser tangan, pelitup muka adalah satu 'bekalan wajib' harian bagi orang ramai di tengah-tengah penularan COVID-19. Namun cara penggunaannya perlulah dengan tepat agar dapat melindungi diri dengan berkesan daripada jangkitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia Sheila Mambo kongsi cara cuci pelitup pakai buang, undang reaksi pelbagai

(Petikan video/Gambar: Instagram/@sheilahassan)

Diterbitkan : 25 Oct 2020 10:30PM Dikemas Kini : 25 Oct 2020 10:36PM

MALAYSIA: Selain cecair pembasmi kuman atau sanitiser tangan, pelitup muka adalah satu 'bekalan wajib' harian bagi orang ramai di tengah-tengah penularan COVID-19. Namun cara penggunaannya perlulah dengan tepat agar dapat melindungi diri dengan berkesan daripada jangkitan.

Bagaimanapun, pelakon Malaysia Sheila Mambo baru-baru ini menarik perhatian apabila memuat naik video di media sosial yang menunjukkan dirinya mencuci semula pelitup pakai buang, yang sepatutnya digunakan sekali saja.

Pelakon yang nama sebenarnya Rusilawati Hasan, 57, berkata beliau melakukan sedemikian demi berjimat.

"Faham-fahamlah, bukan murah mask, tapi seeloknya, kita basuh dengan sabun guna tapak tangan gosok manja-manja sahaja. Jemur dah boleh pakai," tulis beliau di Instagram pada Sabtu (24 Okt).

"Siapa macam saya? Bukan kedekut, tapi berjimat. Cuba uji lepas basuh dah kering, letak air. Kalau tak tembus air, masih elok diguna pakai," tambahnya lagi.

ADA YANG SOKONG, ADA YANG TAWAR DERMA PELITUP

Videonya yang menunjukkan cara beliau mencuci pelitup dengan sabun secara perlahan dan lembut, menarik pelbagai komen.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju, ada pula yang menunjukkan sokongan.

"Kalau saya basuh tonyoh lagi jadi buruk. Jadi saya basuh dengan air panas sahaja lepastu keringkan, pakai balik selagi elok," tulis salah seorang di ruang komen.

Dalam satu kiriman susulan hari ini, Sheila berkata ada pihak yang mengecamnya kerana menunjukkan tingkah laku yang bercanggah dengan nasihat penguasa kesihatan.

"Dengan asbab video saranan saya semalam, ramai yang DM (mesej persendirian) saya nak bagi mask percuma yg boleh pakai cuci," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, beliau menerangkan bahawa tujuan memuat naik itu adalah sebagai teguran beralas kepada sebilangan pihak yang beliau melihat gunakan pelitup hingga lusuh dan ada yang terputus talinya kerana dicuci secara kasar.

"Jadi secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik, sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask mereka kotor sangat-sangat," tulisnya lagi.

Sheila mengakhiri catatannya memohon agar orang ramai tidak bersifat negatif dan sebaliknya sama-sama mendoakan yang baik-baik saja.

"Jangan kritik, kutuk atau cemuh saya.. Insha Allah kita doa semoga COVID-19 pergi terhapus."

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan