Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia Serina Redzuawan perjelas dakwaan produknya jadi punca kematian

Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Malaysia Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia Serina Redzuawan perjelas dakwaan produknya jadi punca kematian

Jus durian belanda keluaran pelakon M'sia, Serina Redzuawan. (Gambar: @serinaredzuawan/Instagram)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 10:10PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 10:19PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Malaysia Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.

Menurut laporan agensi berita Astro Awani, wanita itu mendedahkan bahawa ibu saudaranya berhenti melakukan rawatan kemoterapi selepas dinasihati jurujual produk keluaran pelakon berkenaan dan akhirnya meninggal dunia.

Tidak berdiam diri, Serina tampil bagi menafikan kenyataan tersebut menerusi sebuah catatan di Instagramnya.

Astro Awani menukil Serina sebagai berkata: "Masya Allah, ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes saya, individu ini menuduh kononnya produk keluaran saya menjadi punca kematian ibu saudaranya.

"Ibu saudara individu ini meninggal pada tahun 2015 manakala produk saya mula dikeluarkan pada tahun 2017, secara logiknya dakwaan itu memang tidak benar," tulis beliau.

Pada masa yang sama, Serina menyarankan individu itu agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap produk keluarannya dan menyifatkan perbuatan itu sebagai sabotaj yang tidak berasas, lapor Astro Awani.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan