Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon M'sia minta maaf tak sensitif papar percutian di Langkawi

Pelakon Ikmal Amry berjanji untuk lebih sensitif kepada situasi semasa sebelum berkongsi sesuatu selepas imej berbulan madu di Pulau Langkawi yang dikongsikannya mengundang tanda tanya ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon M'sia minta maaf tak sensitif papar percutian di Langkawi

(Gambar: ikmalamry/Instagram)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 02:31PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 02:33PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Ikmal Amry berjanji untuk lebih sensitif kepada situasi semasa sebelum berkongsi sesuatu selepas imej berbulan madu di Pulau Langkawi yang dikongsikannya mengundang tanda tanya ramai.

Ikmal berkata, dia memohon maaf seandainya perkongsian yang dimuat naik itu memaparkan sisi kebahagiaan dia bersama isteri, Najla Shamsul, sehingga menyebabkan ramai tidak berpuas hati, lapor Malaysiakini.

"Am (Amry) nak cakap sikit pasal tengah tular rentas negeri.

"Pertama sekali nak minta maaf jika posting saya mengguris hati netizen," katanya.

Ikmal mendakwa tindakan bercuti itu tidak melanggar mana-mana prosedur operasi standard (SOP) kerana dia bertolak dari Negeri Sembilan - yang juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) - sama seperti status Pulau Langkawi, menurut Malaysiakini.

"Am bercuti tidak melanggar SOP sebab dari negeri Sembilan dan dah duduk sini.

"Negeri ni berstatus PKPP, begitu juga Pulak Langkawi," katanya.

Dakwa pelakon Inai Yang Hilang itu, perjalanan mereka juga dibuat menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan dan ia memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, lapor Malaysiakini lagi.

"Am ikut agensi bukan kenderaan sendiri. Cuma Am buat posting tidak sesuai dengan keadaan pandemik sekarang," katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan